"Ada Scene Gaduh" - Abang Rider Kongsi Moment Nak Hantar Makanan Ini Bikin Tawa Ramai
Nak ketuk pintu pun rasa takut-takut.
Bagi seorang penghantar makanan, pastinya akan ada beberapa moment yang tak akan dilupakan
Lebih-lebih lagi moment ketika berjumpa dengan pelanggan. Pasti akan berjumpa dengan bermacam ragam pelanggan ketika menghantar pesanan mereka.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang rider berkongsi pengalamannya ketika menghantar makanan. Tetapi customernya sedang bergaduh ketika menghantar makanan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak lari pun tak boleh sebab customer bayar order guna cash
Menerusi video yang dimuat naik oleh @imanzulhilmibah, kelihatan dia sedang berada di depan rumah customer untuk menghantar makanan mereka.
Apabila tiba sahaja di depan pintu rumah, dia terdengar customernya iaitu pasangan suami isteri sedang bertekak mulut di dalam rumah. Situasi itu membuatkan dia seram untuk memanggil tuan rumah.
Di ruangan kapsyennya, dia berkata ikutkan hati dia ingin cabut lari tetapi disebabkan customer itu bayar cash jadi dia terpaksa tunggu mereka reda.
Image via @imanzulhilmibah (TikTok)
"Ketuk je pintu cakap order dah sampai, berhenti gaduh kejap nanti sambung balik. Order bayar dulu, sebab tengah buat kerja ni" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 169.8K views, 10.2K likes dan 559 comments di TikTok. Rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian dari abang rider itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @imanzulhilmibah (TikTok)
Image via @imanzulhilmibah (TikTok)
Image via @imanzulhilmibah (TikTok)
Image via @imanzulhilmibah (TikTok)
Image via @imanzulhilmibah (TikTok)
Kalau bayar guna online, mesti dah pecut lari dah tu :P
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment