seismik

"Cyg Imy" - Lelaki Ini Throwback Nostalgia SMS Ketika Zaman Dulu Buat Ramai Boleh Relate

Nostalgia boyfriend girlfriend ni.

Cover image via @adrianmatahari (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dikenang nostalgia waktu sekolah atau waktu remaja dahulu, mesti akan terselit memori lucu bukan?

Iyalah, zaman dulu banyak sebenarnya memori lucu yang kita lakukan. Semasa kita lakukan perbuatan tersebut dulu, kita tidak berasa lucu malah berasa gembira dan bahagia.

Tetapi, bila throwback satu per satu kenangan itu, pastinya kita akan terfikir, "Mengapa dulu kita berperangai macam ini ya?"

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila lelaki itu mengimbau memori dengan melakonkan semula situasi hantar SMS menggunakan Nokia 3310 telah mengamit memori ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cara menghantar SMS dahulu pun ada style tersendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adrianmatahari, kelihatan dia sedang melakonkan semula kenangan ketika SMS dengan menggunakan telefon bimbit berjenama Nokia3310.

Gelagat lelaki itu membuatkan ramai netizen boleh relate. Lebih-lebih lagi, cara penulisan ketika menghantar pesanan dengan pasangan waktu sekolah turut mengamit memori para netizen.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Masa ni bila dapat SMS tu, berbunga-bungan sangat. Tapi bila buka SMS rupanya dari Celcom suruh buat advance sebab baki tak cukup" - Netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dan berkongsi pengalaman mereka semasa menggunakan telefon Nokia3310

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 118.4K views, 7,363K likes serta 767 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa pernah buat macam ni? Baik mengaku :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: