Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Adik Sayang Mama Sangat-Sangat" - Juruterbang Pesawat Ringan Titip Ayat Terakhir Buat Ibu

Al-Fatihah.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seluruh rakyat Malaysia kini sedang berduka cita selepas menerima khabar duka sebuah pesawat ringan yang terhempas berdekatan Elmina semalam

Image via Harian Metro

Seramai enam orang penumpang dan dua orang juruterbang nahas dalam kejadian tersebut. Manakala, dua orang awam turut meninggal dunia di tempat kejadian akibat nahas itu.

Salah seorang mangsa nahas merupakan Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42 iaitu juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie.

Menurut sumber, ibunya Mahanom Ismail memberitahu dia menerima panggilan terakhir daripada anak bongsunya itu sebelum mendapat khabar duka berkenaan.

"Adik sayang mama sangat-sangat," kata Allahyarham Shahrul Kamal.

Image via Harian Metro

Anak bongsu daripada dua beradik itu menghubunginya buat kali terakhir sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu

Image via Harian Metro

"Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar. Sebelum meletakkan telefon, dia berkata adik sayang mama sangat," katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya anaknya, Mahanom berkata, sebelum menerbangkan jet persendirian, beliau juga pernah bekerja dengan syarikat penerbangan MAS dan Etihad. Menurutnya, Shahrul Kamal amat rapat dengannya dan seorang yang sangat manja.

"Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya, dari jauh lagi 'mama..mama, buka pintu'. Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,"
katanya lagi.

Susulan insiden nahas itu, Allahyarham Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia antara tiga hingga 12 tahun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment