Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Agong & Permaisuri Santuni Anak Istimewa, Hasrat Bapa Rakam Kenangan Manis Tertunai

Sebak tengok.

Cover image via @umpsamalaysia (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas Sabah, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja Permaisuri singgah pula di Sarawak untuk berjumpa dengan rakyat di sana

Seperti biasa, kedatangan mereka amat dialu-alukan oleh penduduk di Borneo dan hasrat ramai untuk mendekati YDPA kini menjadi kenyataan.

Tetapi, baru-baru ini tular sebuah rakaman yang menyentuh hati ramai apabila hasrat seorang bapa yang memiliki anak istimewa untuk berjumpa dengan Tuanku & Tunku menjadi kenangan manis.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH)

Menerusi video yang dikongsi oleh laman TikTok @umpsamalaysia, kelihatan lelaki itu mendukung anak istimewanya yang berusia dua tahun.

Adik Missclyen dikatakan memiliki wajah dan tubuh berbulu lebat sejak lahir lagi. Penyakitnya itu dikategorikan sebagai sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH) dan jarang berlaku pada bayi.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila hasrat si bapa yang ingin menemukan anaknya dengan Tuanku dan Tunku akhirnya tercapai.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat mendukung adik Missclyen sebaik saja mereka bertemu.

Image via @umpsamalaysia (TikTok)

Image via @umpsamalaysia (TikTok)

"Aku pulak yang menitis airmata melihat Permaisuri Agung mendukung adik Missclyen. Semoga dipermudahkan urusan adik dan keluarga" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 1.5M views, 79.7K likes dan 11.6K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut berasa sebak apabila Raja Permaisuri mendukung adik Missclyen dengan penuh kasih sayang. Ramai juga yang mendoakan agar dia membesar dengan sihat.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @umpsamalaysia (TikTok)

Image via @umpsamalaysia (TikTok)

Image via @umpsamalaysia (TikTok)

Image via @umpsamalaysia (TikTok)

Masha-Allah, walaupun keadaan fizikal dia macam itu, boleh nampak kecomelan di sebalik wajahnya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment