seismik

"Old Skool" - Tular Video Stesen Minyak Manual Di Kelantan Ini Tarik Perhatian Warganet

"Steady pakai getah paip biasa" - Warganet.

Cover image via @NaratifRakyat (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semakin hari, teknologi di negara kita semakin maju dan bertambah baik dari semasa ke semasa

Di kawasan bandar, stesen minyak seperti Shell, Petronas, Caltex, BHP dan Petron sudah ada di merata tempat. Senang cerita, zaman kini memang tidak ada istilah susah untuk mengisi minyak kenderaan.

Namun, berbeza pula di kawasan kampung dan pedalaman di dalam sesetengah negeri yang masih mengalami kesukaran untuk mengisi minyak kerana jarak dari rumah ke bandar adalah jauh.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan penduduk kampung di Kelantan mengisi minyak secara 'manual' telah mencuri tumpuan warganet.

Lihat video itu di bawah:

Masih menggunakan pump manual untuk mengisi minyak kereta

Menerusi video yang dikongsi oleh @NaratifRakyat, kelihatan beberapa orang penduduk kampung difahamkan di negeri Kelantan itu sedang beratur untuk mengisi minyak di stesen berdekatan.

Apa yang menjadi perhatian adalah kelihatan penduduk di sana menggunakan getah paip sebagai penyalur minyak kereta mereka.

Video tersebut ternyata membuatkan segelintir warganet triggered dan mempersoalkan mengapa masih ada kawasan menggunakan cara manual seperti itu untuk mengisi minyak.

"Biasa saja ni. Dekat kampung ada isi guna gallon lagi. It's normal and memang ganjil bagi katak bawah tempurung" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 481.1K views, 549 reposts dan 1.5K likes, rata-rata warganet memberikan respon yang berbeza mengenai stesen minyak di Kelantan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Tak pelik pun kalau kawasan pedalaman guna cara macam ini. Kira okay lah tu masih ada stesen minyak kan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: