seismik

"Hanya Ikut Zaman" - Aksi Sekumpulan Remaja Selamba Teguk Arak Dalam Kelab Membimbangkan

Ramai pula yang bertudung.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, hidup di zaman sekarang lebih merisaukan berbanding zaman dahulu, terutamanya dalam kalangan remaja

Jika tersalah pilih kawan, memang rosaklah masa depan seseorang itu. Contohnya, ramai remaja perempuan yang bertudung sudah pandai masuk ke kelab malam dan ada yang sampai meneguk air haram tanpa rasa bersalah.

Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan sekumpulan remaja lelaki dan perempuan melepak bersama di kelab malam dan berkongsi arak telah merisaukan orang ramai.

Lihat video itu di bawah:

Bukan nakal, hanya ikut zaman katanya

Menerusi video yang dikongsi oleh @MALAYSIAVIRALLL, kelihatan sekumpulan remaja dipercayai dari Indonesia itu sedang melepak di dalam sebuah kelab malam.

Apa yang mengejutkan adalah apabila kesemua remaja perempuan dalam rakaman tersebut adalah bertudung.

Lebih membimbangkan, mereka dilihat selamba berkongsi minuman arak dengan kawan-kawan lelaki mereka tanpa rasa bersalah kerana mungkin sudah terbiasa.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 657.7K views, 2.6K likes dan 1.4K reposts di Twitter

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai aksi mereka itu.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:

Nauzubillahi min zalik, semoga kita semua dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: