Air Balang 'Abam Hensem' Di Kelantan Ini Terima Anugerah Gerai Terbersih Bazar Ramadan
Pelbagai jenis minuman ada.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan hanya mempertaruhkan wajah yang menarik dan menu air yang banyak
Ia telah menjadi tuah buat sekumpulan anak muda yang berniaga air balang di bazar Ramadan di Kota Bharu, Kelantan.
Dengan gerai yang diberi nama air balang 'abam hensem', mereka kini sudah menjual lebih 15,000 bungkus air.
Peniaga, Mohamad Faiz Zaidi, 29, berkata, sebanyak 11 jenis air balang dijual di gerai mereka yang dibuka di dua lokasi iaitu bazar Ramadan Lembah Sireh dan bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV).
Katanya, dia bersama 10 lagi rakan terdiri daripada anak-anak muda berusia antara 18 hingga 37 tahun termasuk dua rakan baik, Muhammad Farizie Noor Azmi, 32 dan Mohamed Hafizul Mohamed, 28, mengusahakan air balang sejak dua tahun lalu.
Image via Berita Harian
Terima anugerah gerai terbersih di bazar Ramadan
Menurut mereka, nama gerai 'Abam Hensem' digunakan memandangkan semuanya pekerja lelaki, jadi perkataan 'hensem' tu sinonim dengan lelaki untuk tarik perhatian pelanggan.
"Setiap hari, kami mampu menjual air lebih 500 bungkus dalam bekas plastik dan gelas," katanya kepada Berita Harian.
Antara jenis air yang dijual adalah raja kasturi, koktail, oren lemonade, fruity tropical dan keladi. Malah, kebanyakan menu air adalah berkonsepkan minuman detoks dan menu tular yang kemudian diubahsuai mengikut permintaan pasaran.
Apa yang lebih membanggakan adalah gerai mereka turut menerima anugerah gerai terbersih bagi kategori minuman sempena Pelancaran Walkabout Kempen Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan peringkat Negeri Kelantan 2024.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment