AirAsia Tawarkan Diskaun 50% Untuk Tambang Bagi Yang Terjejas Dengan MYAirline
Jom rebut peluang ni!
Penumpang MYAirline dikejutkan dengan berita penamatan operasi penerbangan secara mengejut
Image via MYAirline
Menerusi laporan Berita Harian, beberapa penumpang meluahkan rasa marah apabila mereka telah tiba di KLIA2 sejak 4 pagi tadi tetapi tidak diberitahu lebih awal mengenai penggantungan operasi ini.
Salah seorang penumpang yang dikenali Puteri Balqis berkongsi melalui media sosial X yang dia telah berada di KLIA2 untuk penerbangan pagi tadi tetapi tiada seorang staf pun yang berada di kaunter.
“Sepatutnya maklum kepada kami lebih awal, jangan aniaya orang begini. Tolong bayar balik duit kami, saya terpaksa beli tiket baru untuk ke Kota Kinabalu kena ada urusan penting. Ramai lagi yang menjadi mangsa termasuk warga emas. Kasihan mereka,” katanya.
AirAsia tampil mengambil peluang keemasan ini dengan menawarkan 50% diskaun tambang kepada penumpang yang terjejas
"Mereka yang terjejas dengan penggantungan operasi MyAirline ini boleh menikmati diskaun 50% untuk tambang asas yang meliputi tempahan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, lapangan terbang Don Mueang dan Suvarnabhumi di Bangkok," kata ketua eksekutif AirAsia Aviation Group Ltd Bo Lingam Kanagalingam.
Tawaran itu sah mulai 12 Oktober sehingga 30 November.
Untuk menikmati tawaran ini, penumpang perlu menunjukkan bukti pembelian penerbangan MYAirline ke lokasi seperti berikut di kaunter AirAsia:
- KL Sentral
- Kuala Lumpur International Airport (Terminal 2), Sepang
- Penang International Airport
- Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu
- Kuching International Airport
- Tawau Airport
- Kota Kinabalu International Airport
- Don Mueang International Airport
- Suvarnabhumi Airport
"Kami menggalakkan kakitangan MYAirline yang terjejas untuk menghubungi kami dan meneroka kemungkinan menyertai keluarga Allstars kami,” tambahnya lagi.
Image via AirAsia
AirAsia juga bersedia menghulurkan bantuan kepada kakitangan MYAirline yang kini berdepan dengan isu kehilangan pekerjaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment