Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aishah Sempat 'Belanja' Lagu Pulanglah & Hiburkan Orang Ramai Sangkut Jammed Balik Raya

Mesti hilang stres orang yang sangkut jammed tu.

Cover image via @aishahjmm (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut saja tentang lagu raya, pasti ramai yang tahu dan gemar akan lagu Pulanglah dendangan penyanyi legend Aishah bukan?

Lagu tersebut merupakan antara top list yang akan diputarkan di radio kerana bait lirik dan melodinya yang menyentuh hati ramai.

Baru-baru ini, Aishah telah memuat naik sebuah video di akaun TikTok yang memaparkannya menyanyi lagu Pulanglah di halaman rumah.

Image via @aishahjmm (TikTok)

Hiburkan orang ramai yang stuck dalam jammed masa balik raya

Menerusi video yang dikongsi oleh Aishah, kelihatan penyanyi legend itu mendendangkan lagu Pulanglah di halaman rumahnya.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia menyanyi sambil pergi ke arah jalan raya depan rumahnya itu untuk menghiburkan orang-orang yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas semasa pulang beraya.

Aishah menyanyikan lagu tersebut sehingga habis sambil dirakam oleh keluarganya. Di ruangan komen, kelihatan ramai yang teruja melihat seorang penyanyi tersohor sanggup belanja konsert free kepada orang ramai.

"Belum pernah lagi penyanyi tersohor menyanyi depan rumah hiburkan pengguna jalan raya menuju ke destinasi masing-masing. Credit to you Aishah, Alhamdullillah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 1.3M views, 74.6K likes dan 2.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi kepada Aishah.

Image via @aishahjmm (TikTok)

Image via @aishahjmm (TikTok)

Image via @aishahjmm (TikTok)

Lihat video penuh di bawah:

Suara Aishah dari dulu sampai sekarang masih sama dan berbisa. Terbaiklah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment