seismik

Kenduri Kahwin Macam Bazar Ramadan, Tuan Rumah Sediakan Booth Untuk Tetamu Pilih Makanan

Bagus juga idea ni, rezeki tetamu dapat makan macam-macam.

Cover image via @hanietasha (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya apabila pergi ke kenduri kahwin, kita akan dijamu dengan nasi minyak bersama lauk pauk seperti ayam masak merah, jelatah, kuah dal dan papadom

Namun, sudah banyak majlis kahwin sekarang yang membuat kelainan dengan menyediakan aneka jenis makanan selain menu utama.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan ramai peniaga membuka booth makanan di sebuah kenduri kahwin telah mendapat perhatian warganet.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hanietasha, kelihatan seorang gadis merakam suasana di sebuah kenduri kahwin yang dihadirinya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila ramai peniaga dilihat membuka booth dengan menghidangkan aneka jenis makanan buat para tetamu.

Antara makanan yang disediakan adalah seperti roti jala, kambing golek, laksa Johor, pisang goreng, apam balik dan macam-macam lagi.

Perkara itu membuatkan ramai memuji tindakan tuan rumah yang secara tidak langsung membuka peluang kepada peniaga untuk mencari rezeki sambil bersedekah dengan menjamu makanan enak kepada tetamu kenduri kahwin tersebut.

"Kind of wedding I would like to attend. So many variety of foods!" - Warganet

Susulan tularnya video itu, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi terhadap idea menarik tuan rumah itu.

Bestnya ada macam-macam makanan! Tetamu pun boleh buat pilihan nak makan apa kalau tak nak nasi minyak. Terbaik tuan rumah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: