Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Akan Jumpa Di Syurga" - Cakap Tak Nak Kahwin, Pak Cik Grab Beri Nasihat Buat Wanita Ini

Insyaallah ada jodoh nanti.

Cover image via @fizaamir_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mahukan pasangan yang boleh melengkapi hidup mereka

Sudah tentu untuk mendapatkan jodoh yang baik kita perlu berusaha dan berdoa agar dikurniakan seperti apa yang kita mahukan.

Namun, ada sesetengah individu hari ini memilih untuk tidak mahu berkahwin atas pelbagai alasan.

Perkara itu sama seperti video perkongsian seorang wanita di TikTok apabila dia diberi nasihat oleh seorang pak cik Grab mengenai kemahuannya itu.

Image via @fizaamir_ (TikTok)

Pak cik Grab beri nasihat

Menerusi video tersebut, pada ketika itu, wanita tersebut sedang berada di dalam Grab untuk menuju ke sebuah lokasi.

Mereka kemudian bersembang sehingga ke topik mengenai perkahwinan. Difahamkan, wanita itu memberitahu dia tidak mahu berkahwin atas alasan tertentu.

Pak cik Grab berkenaan kemudian mula menasihatkannya dan memberitahunya agar jangan mengalah dalam mencari pasangan.

"Nasib baik jarak rumah dengan cinema tak lebih 15 minit, dari cerita pasal kahwin sampai ke kerajaan dia cerita. Tapi sumpah pak cik ni sedikit sebanyak bagi kita motivate. Semoga pak cik ni dimurahkan rezeki selalu.

"Last sebelum turun saya suruh doakan semoga saya dapat jodoh yang baik-baik.  @GrabMY pak cik ni sumpah best saya bagi rate 5 star," tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

Insyaallah, semoga kita semua dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment