seismik

Peniaga Kedai Makan Kantoi Menipu, Kenakan Caj 10 Sen Bagi Pembayaran RM10 Pada Pelanggan

Beberapa orang pelanggan turut terkejut dikenakan caj serupa.

Cover image via Malaysia Gazette & Slurp! (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peniaga kedai makan di Jalan Tun Ali yang mengenakan caj tambahan minimum 10 sen untuk setiap transaksi kod QR di premis mereka telah diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri

Ia selepas tularnya sebuah video yang didedahkan seorang wartawan mengenai alasan diberikan seorang peniaga di medan selera di ibu kota.

Di dalam video itu, wartawan berkenaan telah bertanyakan apakah alasan dikenakan caj tambahan 10 sen.

Menerusi sumber, peniaga wanita berusia 60-an itu mendakwa, caj pembayaran 10 sen bagi setiap pembayaran RM10 menggunakan kod QR dikenakan terhadap pelanggan itu sejak dia menggunakan sistem bayaran tanpa tunai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mokapos

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, hasil semakan pihaknya dengan penyedia perkhidmatan pembayaran tanpa tunai itu mendapati tiada caj sedemikian dikenakan kepada pelanggan.

"Selepas kita mengadakan pengesahan, penyedia perkhidmatan mengesahkan bahawa tiada caj dikenakan terhadap perkhidmatan secara dalam talian seperti dilakukan peniaga berkenaan.

"Justeru kami dapati tindakan peniaga terbabit yang dikesan dilakukannya sejak awal tahun ini adalah satu kesalahan dan pihak KPDN negeri sudah membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu.

"Saya menegaskan bahawa kenaikan harga ini tidak berlaku selepas kenaikan diesel, ini dilakukan sejak awal tahun dan terdapat unsur mengambil kesempatan," katanya kepada Harian Metro.

Dakwanya, caj 10 sen bagi setiap pembayaran RM10 menggunakan kod QR dikenakan terhadap pelanggan itu sejak dia menggunakan sistem bayaran tanpa tunai itu awal tahun ini.

Beberapa pelanggan terkejut apabila turut dikenakan caj terbabit.

Siasatan dilakukan atas kesalahan mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, manakala peniaga premis itu dikompaun RM200 selepas didapati tidak mempamerkan tanda harga.

Lihat video itu di bawah:

@malaysiagazette

“Kalau nak bayar guna ‘scan’ (imbas kod QR), kena tambah 10 sen bagi setiap RM10 harga makanan. Kalau RM30 kena caj 30 sen sebab bank suruh bukan saya suka-suka,”. Itu alasan diberikan peniaga di Medan Selera Jalan Tun Ali, Kampung Morten di sini apabila disoal wartawan MalaysiaGazette mengenai apakah alasan dikenakan caj tambahan 10 sen untuk harga makanan RM3.70. Peniaga wanita berusia 60-an itu mendakwa, caj pembayaran 10 sen bagi setiap pembayaran RM10 menggunakan kod QR dikenakan terhadap pelanggan itu sejak dia menggunakan sistem bayaran tanpa tunai itu. #malaysiagazette #FaktaKes Video : Reza A Hamid

original sound - malaysiagazette

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: