seismik

"Scan & Bayar Saja" - Pengunjung Terpegun Lihat Kecanggihan Pesan Makanan Di Stadium MBPJ

Senang je nak pesan makan lepas ni.

Cover image via @arifleoo2 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak perkara yang telah berubah daripada dulu sehingga sekarang, terutamanya dari segi teknologi

Zaman sekarang kita boleh lihat lebih banyak peralatan canggih digunakan dan memudahkan kita, betul tak?

Malah, pesanan makanan juga lebih mudah dengan adanya aplikasi tertentu. Seperti video yang tular di TikTok ini apabila pengunjung di sebuah stadium terpegun melihat kecanggihan yang ada.

Siap pakej hantar makanan sekali

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama rakannya berada di Stadium Kelana Jaya bagi menyaksikan perlawanan di antara pasukan Selangor vs Perak.

Dia kemudian mengimbas kod di kerusinya untuk memesan makanan. Tidak sampai beberapa minit, makanan yang dipesannya sampai membuatkan dia terpegun dengan servis yang diberikan.

Malah, bukan itu saja pekerja kedai siap menghantar makanan mereka sehingga ke tempat duduk.

Canggih dan memang memudahkan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: