[VIDEO] Isteri Terharu Suami Buat Surprise, Siap 'Angkut' RXZ Untuk Dihadiahkan
Gigih suami dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam berumah tangga, suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing agar hubungan lebih bahagia
Meraikan sambutan ulang tahun atau membuat kejutan adalah perlu pada pasangan untuk mengeratkan lagi hubungan anda.
Walaupun kadangkala ia adalah kejutan yang simple, namun ia bermakna buat pasangan anda. Ini menjadikan hubungan anda dan pasangan bertambah romantis.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kegigihan seorang suami yang membuat kejutan buat isteri tercinta.
Siap bawa hadiah RXZ naik bot
Menerusi video di akaun @nachikcikna, kelihatan suami wanita itu sedang membuat kejutan buat isterinya.
Isterinya diarahkan agar menutup mata sepanjang perjalanan mereka ke tempat tersebut yang dibawa menaiki sebuah bot.
Setibanya di tempat berkenaan, wanita itu tidak menyangka kejutan daripada suaminya itu. Malah, apa yang paling dia terkejut adalah suaminya siap menghadiahkan motor RXZ sebagai hadiah hari jadinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!