seismik

Bawa Hadiah Naik Trak Lut Sinar, Lelaki 'Surprise' Diri Sendiri Dengan Beli Kereta Mewah

Self reward untuk dia.

Cover image via Sin Chew Daily

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari ulang tahun kelahiran merupakan seperti perkara yang wajib disambut oleh semua orang

Malah, pada waktu inilah ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang akan menyambutnya sekali bersama kita. 

Sudah tentu ia adalah momen menggembirakan buat kita. Bukan itu saja, kadangkala ada juga yang baik hati memberikan hadiah.

Namun, lain pula dengan seorang lelaki ini yang memberikan hadiah istimewa buat dirinya sendiri.

Image via Sin Chew Daily

Belikan kereta mewah untuk diri sendiri

Menerut laporan Sin Chew, seorang lelaki telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-40.

Difahamkan, dia telah membeli kereta idamannya selepas lama menanti untuk dihadiahkan pada diri sendiri.

Dia juga mengambil masa selama sembilan tahun untuk memperoleh kereta tersebut sampaikan siap menampal poster di bilik tidurnya.

Malah, idea untuk membawa kereta tersebut melalui trak lut sinar adalah idea daripada rakan-rakannya yang bekerja sebagai pengedar jualan kereta tersebut.

Lelaki berkenaan juga menjemput beberapa orang tetamu untuk meraikan hari jadinya itu.

Image via Sin Chew Daily

Sekali sekala memang perlu self reward untuk diri sendiri :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: