seismik

Ramai Mula Jual Kembali Tote Beg Percuma Dari Apple Store - "Ada Yang Cecah RM5,000"

Mahalnya jual balik.

Cover image via @XavierNaxa (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, kedai fizikal Apple Store baru saja dirasmikan di Malaysia pada 22 Jun lalu

Pembukaan kedai itu mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang sanggup menunggu semalaman dan beratur panjang.

Malah, ada juga yang siap bermalam demi menjadi orang awam pertama memasuki kedai berkenaan.

Bagi pengunjung yang bertuah, mereka akan mendapat hadiah percuma daripada Apple Store sendiri iaitu Tote beg eksklusif.

Namun, baru-baru ini ada yang sudah menjualnya kembali dengan harga yang tinggi.

Image via @XavierNaxa (X)

Jual kembali barang percuma dengan harga tak masuk akal

Menerusi sebuah ciapan yang dikongsikan di akaun @XavierNaxa, dia berkongsi orang ramai telah menjual kembali barangan percuma itu di platform penjualan online.

Apa yang lebih mengejutkan, ada yang menjual beg tersebut dengan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah ribuan ringgit.

Kalau tak nak beg tu baik tak payah beratur, hmm :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: