seismik

Pak Cik Teruja Jumpa McLaren, Tak Tahu Yang Ambilkan Gambar Adalah Pemilik Kereta Sendiri

Bagus dia santuni pak cik tu.

Cover image via @sitinaqiahfami (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki kenderaan sendiri

Malah, kereta mewah menjadi salah satu target untuk dimiliki. Namun, ia semua terpulang kepada minat masing-masing.

Oleh kerana ianya mahal, jadi bila terjumpa di jalan raya pasti ada yang ingin bergambar bersama kereta tersebut.

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemilik kereta mendapat pujian ramai kerana menyantuni orang awam yang bergambar dengan keretanya.

Pemilik kereta sendiri yang tolong ambilkan gambar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pak cik telah meminta seorang wanita untuk mengambilkan gambarnya bersama sebuah kereta mewah berjenama McLaren.

Wanita itu dengan senang hati kemudian mengambilkan gambar pak cik berkenaan. Namun, sesudah dia mengambilkan gambar, dia terus menuju ke kereta tersebut.

Rupa-rupanya dia adalah pemilik kereta berkenaan membuatkan pak cik itu kembali dan bertanyakan soalan kepadanya.

Tak jangka ada plot twist :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: