seismik

Lelaki Dedah Penipuan Beli Kereta Terpakai, Wanita Menangis Kena 'Lipat' Dengan Salesman

Bahaya juga macam ini.

Cover image via @bro_wong (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai orang kini memilih untuk membeli kereta terpakai sebagai alternatif lain

Hal ini kerana harga yang ditawarkan lebih murah mengikut spesifikasi. Sudah tantu, anda juga boleh mendapatkan kereta kesukaan anda di sini dengan harga yang jauh beza.

Namun, perlu diingatkan kereta terpakai ini bukanlah seperti membeli kereta baharu, kerana mungkin banyak risiko yang anda perlu ambil.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berkongsi penipuan yang berlaku di dalam jual beli kereta terpakai.

Bayar harga bulanan sama macam beli kereta baru

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah akaun TikTok @bro_wong berkongsi cerita seorang wanita yang baru membeli kereta terpakai.

Difahamkan, wanita itu telah membeli kenderaan terpakai berjenama Vios di sebuah kedai kereta terpakai. Namun, baru seminggu pakai keretanya sudah mula rosak.

Dia kemudian memanggil lelaki berkenaan untuk datang ke rumah dan memeriksa keadaan keretanya itu.

"Masalah I sekarang ni I dah beli kereta ini dah masuk 3 bulan and then I pakai seminggu saja lepas itu rosak. Ini saja transport yang I ada," ujar wanita itu.

Lelaki itu kemudian meminta kertas pengiraan jumlah kereta daripada wanita tersebut dan terkejut melihatnya.

"Wah, banyak cas," kata lelaki itu.

Malah, harga bulanan yang dibayar wanita berkenaan telah mencecah sehingga RM1,107.73.

Menurut lelaki tersebut, penjual kereta itu telah mengenakan cas yang mahal dan juga telah menipu wanita berkenaan dari segi interest.

Wanita itu ada menelefon dan menghantar mesej kepada penjual tersebut tetapi tidak berjawab.

Penjual kereta itu juga mendakwa bahawa kereta yang sudah keluar dari kedai tidak mempunyai warranty selepas itu.

Di akhir video, lelaki itu menasihatkan kepada yang ingin membeli kereta terpakai agar lebih berhati-hati dan meminta warranty kepada penjual kereta walaupun satu hari.

Hati-hati semua yang nak beli kereta terpakai tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: