seismik

Jarak Usia 57 Tahun Bukan Penghalang, Warga Emas Temui Cinta Semasa Di Pusat Jagaan

Xiaofang berkhidmat sebagai sukarelawan di pusat jagaan dan di situlah, dia bertemu suaminya.

Cover image via Sohu

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbezaan umur bukanlah penghalang untuk seseorang menemui cinta sejatinya

Begitulah yang berlaku kepada Xiaofang, 23 tahun, yang jatuh cinta dengan Li iaitu lelaki yang berumur 80 tahun yang mana 57 tahun lebih tua daripadanya.

Malah, sekali imbas mereka tak ubah seperti datuk dan cucu dalam gambar itu namun hakikatnya mereka adalah suami isteri juga pengantin baru.

Kisah percintaan mereka mula mendapat perhatian di laman sosial apabila ramai yang memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Namun, dia tidak mengendahkan kata-kata negatif di media sosial itu dan terus berkongsi kebahagiaannya bersama suami.

Image via Sohu

Putus keluarga dengan orang tua demi bersama suami

Menerusi sumber, Xiaofang berkhidmat sebagai sukarelawan di salah sebuah pusat jagaan dan di situlah dia bertemu suaminya, Li.

Mereka kemudian mula akrab kerana memiliki banyak persamaan termasuk berkaitan hobi hingga lama kelamaan menjalin cinta.

Xiaofang mula tertarik dengan Li kerana kematangan, kestabilan, dan kebijaksanaannya yang dimilik lelaki itu. Manakala, Li terpaut dengan Xiaofang kerana kebaikan dan jiwa muda isterinya.

Namun, hubungan mereka ditentang keluarga Xiaofang, tetapi wanita itu memilih untuk mengikuti kata hatinya.

Dia juga sanggup memutuskan hubungan dengan orang tuanya demi bersama Li.

Li dan Xiaofang melangsungkan majlis perkahwinan dengan sederhana dan biarpun keluarga tidak hadir, mereka bertekad untuk tetap mengucap janji setia dalam suka mahupun duka.

Oleh kerana sudah berusia dan tidak aktif bekerja, Li hanya bergantung dengan wang pencen untuk kelangsungan hidup.

Image via Sohu

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: