seismik

[VIDEO] Sudah Lama Mengidam Nak Karipap Penjara, Wanita Menangis Akhirnya Dapat Rasa

Karipap kambing itu adalah buatan tangan banduan di Penjara Kajang.

Cover image via @ashfazieraa (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wanita yang sedang mengandung tentu mempunyai perasaan mengidam mereka bila sampai waktunya

Jadi, para suami kenalah bersedia bila isteri anda mahukan sesuatu benda itu. Tunaikanlah selagi anda mampu dan tidak membahayakan diri. Barulah happy hati isteri nanti.

Seperti sebuah video yang tular di TikTok selepas seorang wanita menangis kerana dapat membeli karipap yang sudah lama diidamkan.

Dapat beli hasil pertolongan sarjan di situ

Menerusi video perkongsian tersebut, wanita berkenaan memberitahu dia sudah lama mengidam untuk makan karipap kambing tersebut yang dijual dalam kedai di Penjara Kajang.

Malah, dia turut mengajak suaminya untuk pergi membeli karipap itu selama tiga hari berturut-turut untuk mendapatkannya, namun tidak berjaya.

"Hari pertama, saya pergi ke Penjara Kajang sekitar pukul 4 petang. Tetapi, pegawai di pintu pagar cakap Prismart sudah tutup.

"Esoknya, saya datang lagi pada pukul 12 tengah hari. Namun, saya kecewa kerana bukan karipap kambing sahaja yang habis, tetapi hampir semua karipap licin dijual," katanya.

Dia kemudian datang semula pada esok hari tetapi karipap pula belum sampai, jadi dia dan suami bersarapan dulu di kafe berkenaan.

Bila ditanya pegawai di disitu sama ada dia datang untuk melawat saudara-mara, dia menjawab tidak, sebaliknya hanya ingin membeli karipap kambing.

Menurut pegawai tersebut, karipap kambing di Penjara Kajang selalu habis dijual kerana mendapat permintaan ramai. Pegawai tersebut bawa kami berjumpa seorang sarjan yang dapat membantu.

Menurut sarjan tersebut, kalau kami tidak berjumpa dengan dia, mungkin sampai bila-bila kami tidak akan dapat beli karipap kambing tersebut.

"Tetapi, syukurlah. Akhirnya saya dapat beli karipap kambing tersebut hasil bantuan sarjan.

"Karipap ini memang tidak dijual di luar, ada di Penjara Kajang sahaja. Memang susah hendak dapat. Kalau boleh beli, itu tandanya murah rezeki," katanya.

Difahamkan, karipap kambing buatan tangan banduan di Penjara Kajang.

Lihat video itu di bawah:

@ashfazieraa Karipap kambing penjara kajang @Muhamad Iman original sound - user93244148287

Dapat juga dia merasa setelah sekian lama :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: