Ramai Buat Duet & Jadikan Parodi, Tuan Badan Beri Respon Isu Video 'Dekat Dengan Fatin'
Harap lepas ini tak ada isu dah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sejak beberapa hari ini selepas seorang pempengaruh Islamik memuat naik video motivasinya di media sosial
Pempengaruh, Fatin Nabila telah memuat naik sebuah video motivasi di laman sosialnya yang 'meminta' agar pengikutnya mendekatkan diri pada skrin untuk berbicara.
Namun, selepas tularnya video berkenaan, ramai yang telah membuat duet dan kembali parodikan video motivasinya itu.
Malah, videonya itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma yang menegur cara penyampaian pempengaruh itu.
Menurutnya, cara penyampaian pempengaruh tersebut sebenarnya adalah salah kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif.
Fatin beri respon isu videonya yang sedang tular
Menerusi video di akaun TikTok @fatinnnabila1, dia memberi respon berkaitan isu videonya yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Di dalam video tersebut, dia dengan rendah hatinya telah memohon maaf jika kelakuannya itu agak berlebihan dan tidak disenangi oleh ramai orang.
"Dengan rendah diri saya meminta maaf dengan apa yang sudah saya lakukan, banyak sangat benda yang Fatin belajar dalam situasi sebegini terutamanya dalam penyampaian suara dan face expression. Saya akan memperbaikinya lebih baik," katanya.
Malah, dia juga berharap agar dia dapat melakukan pelbagai lagi konten bermanfaat buat ramai orabg di luar sana.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!