seismik

Pemandu Bas Kecewa Lihat Sikap Penumpang, Ada Yang Tinggalkan 'Hadiah' Dalam Bas

Apahal pula dia tinggalkan benda tu dalam bas.

Cover image via @isusemasaviral (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai penumpang, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kemudahan dan harta benda bersama

Ia kerana kemudahan yang sedia ada bukan hanya untuk kita, tetapi untuk penumpang lain juga yang akan menggunakannya.

Namun, sekarang banyak kita boleh lihat individu tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam sehingga ia tidak boleh digunakan lagi.

Bukan setakat itu, kebersihan di dalam kenderaan awam juga tidak dijaga dan dibuang merata.

Tular sebuah video di laman X apabila seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan jijiknya selepas melihat sikap penumpang yang menaiki basnya.

Rosakkan kemudahan dan tinggalkan seluar dalam

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi keadaan di dalam basnya selepas sahaja semua penumpang turun.

Dia meluahkan rasa kecewanya melihat sikap penumpang bas tersebut yang telah merosakkan kemudahan awam.

Malah, ada juga yang telah meninggalkan seluar dalam mereka di bawah tempat duduk sehingga membuatkan dia jijik.

Lihat video itu di bawah:

Susah kalau dapat perangai penumpang macam ini :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: