seismik

Sanggup Bunuh Pencarum, Sindiket 'Ejen Insurans' Perdaya Mangsa Untuk Dapatkan Pampasan

Bahaya.

Cover image via Harian Metro & Club Agency (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis berjaya menumpaskan kumpulan sindiket dipercayai menyamar sebagai ejen insurans

Menurut Harian Metro, sindiket 'Ejen Insurans' ini akan mencari dan mengenal pasti pencarum yang dianggap hidup sebatang kara bagi membuat caruman tanpa pengetahuan mangsa sebelum membunuh pencarum itu bagi membuat tuntutan insurans nyawa berjumlah RM500,000.

Ia adalah modus operandi baharu dilakukan sekumpulan sindiket menggunakan taktik caruman insurans yang pertama kali dikenal pasti polis beberapa bulan lalu.

Image via Harian Metro

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, hasil siasatan lanjut terhadap laporan awal berhubung satu kemalangan maut yang berlaku di lokasi itu membongkar kegiatan sebenar sindiket berkenaan.

"Mangsa yang dilanggar sebuah lori pada hari kejadian sebenarnya terlebih dahulu dihimpit dan dilanggar oleh sekumpulan suspek menggunakan dua kereta dan sebuah motosikal sebelum kemudian dipukul kerana tidak meninggal dunia.

"Kemudian, dalam keadaan tidak bermaya, kebetulan lalu sebuah lori di lokasi kejadian terlanggar mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kita percaya, tindakan dilakukan suspek adalah untuk memastikan mangsa meninggal dunia bagi membolehkan tuntutan ke atas caruman diserahkan kepada 'pewaris' yang tidak dikenali mangsa.

Image via Harian Metro

Mengulas lanjut, Kumar berkata, sindiket terbabit akan memalsukan tanda tangan mangsa ketika urusan permohonan polisi insurans dan suspek akan menunggu sehingga polisi insurans diluluskan.

Tambah beliau, bagi urusan caruman itu, sindiket akan melantik pewaris yang tiada kena mengena atau tidak dikenali mangsa.

"Selepas polisi insurans diluluskan, suspek mula merancang untuk membunuh mangsa dengan cara seolah-olah berlaku kemalangan maut," katanya.

Namun, sindiket itu berjaya ditumpaskan hasil siasatan kejadian bunuh terhadap seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Kulai pada 6 Mei lepas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: