Rumah Biru Lokasi Popular Drama Melayu Bakal Diruntuhkan, Beri Laluan Pelaksanaan Projek
Banyak kenangan sangat rumah ini dalam cerita dan filem.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi peminat drama dan filem Melayu, pasti anda kenal dengan lokasi penggambaran popular iaitu 'Rumah Biru' ini betul tak?
Rumah yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu menjadi perhatian ramai kerana bentuknya yang masih mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu.
Malah, tempatnya yang menarik dan view yang cantik berlatarbelakangkan KLCC telah membuat ramai penggiat seni menjadikannya sebagai lokasi penggambaran drama dan filem.
Beri laluan untuk pelaksanaan projek
Menerusi posting daripada Shafiq Abdullah, dia berkongsi momen menyedihkan itu di laman Facebook miliknya.
Menurut Shafiq, dia dan keluarganya akan berpindah bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah berkenaan.
Dia juga memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi menyiapkan projek tersebut.
"Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh 3 atau 4 tahun. Dengan harapan selepas ini kami pulang semula ke tanah kami ini.
"Jutaan terima kasih kepada semua pegunjung yang hadir secara rasmi mahupun tak rasmi ke rumah kami untuk bergambar.
"Rumah Biru Sign OFF," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!