Akhirnya Dah Boleh Guna! Ketahui Fungsi & Cara Gunakan Apple Pay Sekarang
Boleh digunakan melalui Apple Watch juga.
Apa dia? Apple Pay dah boleh guna dekat Malaysia? Yes finally!
Image via giphy.com
Setelah sekian lama, akhirnya rakyat Malaysia khususnya pengguna produk Apple boleh nikmati kemudahan ini.
Sebelum itu, adakah anda benar-benar tahu apa itu Apple Pay? Di sini kami akan jelaskan serba sedikit tentang Apple Pay sehingga membuatkan ramai teruja untuk menggunakannya.
Apple Pay adalah sebuah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Apple di mana pengguna boleh membayar di kedai dengan tap atau sentuh peranti Apple mereka pada terminal.
Atau dalam erti kata lain, jika sebelum ini anda menggunakan kad debit untuk swipe atau tap pada terminal, kali ini anda hanya boleh gantikannya dengan iPhone atau Apple Watch saja. Easy peasy!
Malaysia juga merupakan negara kedua di Asia Tenggara yang menerima Apple Pay
Kemudahan ini dapat digunakan jika anda telah memasukkan data kad debit atau kredit anda dalam aplikasi Wallet.
Bukan hanya di kedai fizikal, tetapi platform dalam talian juga menyokong pembayaran Apple Pay. Contohnya, Shopee sudah menyenaraikan Apple Pay sebagai salah satu kaedah pembayaran mereka.
Berikut di bawah adalah cara untuk anda guna Apple Pay:
1. Buka aplikasi Wallet
Image via SAYS
2. Klik ikon '+'
Image via SAYS
3. Pilih pilihan 'Debit atau Kad Kredit'
Image via SAYS
4. Klik pada 'Continue'
Image via SAYS
5. Letakkan kad anda dan imbas
Image via SAYS
6. Pilih kaedah pengesahan kad pilihan anda
Image via SAYS
7. Kad Debit atau Kredit anda kemudiannya akan ditambahkan pada Apple Pay anda dan sedia untuk digunakan!
Image via SAYS
Buat masa ini, Maybank, Ambank dan Standard Chartered adalah bank pengeluar yang disambungkan kepada perkhidmatan Apple Pay
Anda juga boleh menonton video di bawah ini untuk mendapatkan panduan lebih lanjut tentang cara menggunakan Apple Pay
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment