Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Akibat Tidur Maghrib, Budak Gelabah Ingat Dah Lambat Pergi Sekolah Ini Buat Ramai Terhibur

Mesti dia ingat dah pagi, rupa-rupanya Maghrib.

Cover image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di antara kita yang pernah melalui insiden-insiden lucu sewaktu di zaman persekolahan betul tak?

Tidak dinafikan, bila balik rumah memang kita akan tertidur kepenatan setelah seharian buat bermacam-macam aktiviti di sekolah. Kadangkala, sampai tak tahu beza waktu pagi atau senja.

Begitulah situasi yang terjadi kepada seorang budak perempuan ini apabila dia kelam kabut bersiap nak pergi ke sekolah waktu Maghrib telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kelam kabut minta ibu hantar pergi sekolah, rupa-rupanya mamai sebab tidur sampai Maghrib

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fauzalinafauzi, kelihatan anaknya itu sudah siap memakai baju sekolah dan kelam kabut meminta si ibu untuk menghantarnya ke sekolah kerana sudah lambat.

Apa yang menghiburkan adalah rupa-rupanya dia tertidur sampai senja sehingga membuatkan dia fikir itu waktu pagi dan sudah terlambat ke sekolah.

Walaupun ibunya sudah berulang kali menegaskan bahawa itu waktu Maghrib, dia tetap memaksa si ibu untuk menghantarnya ke sekolah. Perkara tersebut membuatkan ibunya mengekek gelak.

"Adik, kau nak pergi sekolah apa? Sekolah kau malam ke? Sebab tu orang tua-tua kata jangan tidur petang," kata ibunya.

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

"Stress adik tu, bagi jelah dia pergi sekolah. Hahaha ni takpa lagi, member aku siap kayuh basikal sampai pak guard dah" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah sehingga 5.5M views, 523.5K likes dan 11.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan boleh relate dengan situasi budak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Image via @fauzalinafauzi (TikTok)

Nasib baik mak dia tak hantar pergi sekolah betul-betul. Tak apa dik, bukan awak sorang je yang pernah tersalah time :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment