Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Alergi & Geli Dengan Nasi Sejak Kecil, Gadis Ini Harap Ada Yang Sudi Terima Kekurangan

Ada yang tak boleh makan nasi juga ke dekat sini?

Cover image via @reekawardi (TikTok)

Nasi merupakan makanan ruji bagi orang Asia dan wajib dimakan sekurang-kurangnya sehari sekali untuk mengalas perut

Senang cerita, tanpa nasi memang tidak lengkaplah pemakanan seseorang itu. Namun, tahukah anda bahawa ada orang di luar sana yang alergi dan geli dengan nasi?

Mereka tidak boleh makan nasi walaupun sebutir dan sekiranya dipaksa, mereka akan muntahkan semula kerana perut tidak boleh menerima makanan tersebut.

Itulah realiti yang dihadapi oleh gadis ini apabila videonya tular di laman aplikasi TikTok beberapa hari lalu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Alergi dengan nasi, hanya boleh makan ikan dan telur saja

Menerusi video yang berdurasi 12 saat itu, gadis yang mesra dipanggil Reeka mendedahkan dirinya alah dengan nasi sejak kecil. Bukan saja alergi dengan nasi malah dia juga tidak boleh makan ayam, daging, sotong, udang dan ketam.

Menurut Reeka, dia hanya boleh makan ikan dan telur saja. Justeru, dia berharap bakal pasangannya sudi menerima kekurangannya kelak.

Susulan tularnya video itu, rupa-rupanya ramai juga warganet mempunyai alahan yang sama seperti Reeka

Video Reeka kini telah mendapat 490,500 tontonan dan hampir 20,000 tanda suka di TikTok. Meskipun rata-rata netizen terkejut dan pelik dengan Reeka, tetapi ramai juga yang sempat berkongsi masalah sama seperti Reeka. 

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Image via @reekawardi (TikTok)

Baru tahu rupa-rupanya ramai yang tak boleh makan nasi. Tak apa, yang penting jaga kesihatan okay guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment