Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[AMARAN] Kes Pertama Taun Dilaporkan Di Selangor, Orang Ramai Digesa Jaga Kebersihan Diri

Orang awam juga dinasihati hanya minum air dirawat atau didihkan sahaja.

Cover image via Alomedika Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Orang ramai dinasihatkan ambil langkah berjaga-jaga apabila terdapat satu kes penyakit kolera (taun) dilaporkan di negeri Selangor baru-baru ini

Datuk Dr Sha'ari Ngadiman

Image via Berita Harian

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) ingin memaklumkan pada 21 Oktober 2021, satu (1) kes kolera telah dilaporkan melibatkan seorang wanita warganegara 56 tahun di daerah Petaling.

"Hasil siasatan mendapati pesakit telah mengalami gejala cirit birit teruk dan telah mendapatkan rawatan pada hari yang sama di sebuah fasiliti kesihatan swasta."

"Pesakit itu juga telah dirawat sebagai pesakit luar dan diambil sampel najis untuk dijalankan ujian. Keputusan ujian daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan kehadiran bakteria Vibrio Cholerae, serogroup O1, serotype Ogawa," katanya.

Susulan daripada itu, semua kontak rapat telah disaring termasuk pengendali makanan yang terlibat. Pengambilan sampel persekitaran juga telah dijalankan. Sehingga kini tiada tambahan kes positif kolera dikesan. Pesakit juga telah sihat sepenuhnya setelah mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Alomedika

Penyakit kolera berupaya merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera

"Siasatan lanjut telah dijalankan secara menyeluruh namun kita tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan dan tiada kes-kes baru yang diterima sehingga kini," ujarnya.

Oleh itu, seiring dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang ramai terutamanya masyarakat setempat diseru melakukan perkara-perkara seperti berikut:

- Sentiasa minum air yang telah dirawat atau air yang telah didihkan
- Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mencuci tangan
- Mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mempunyai gejala kolera
- Tidak makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna

Dalam pada itu, JKNS juga turut memaklumkan akan sentiasa memantau situasi semasa di negeri Selangor bagi membendung sebaran kemungkinan perebakan penyakit kolera.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh rasmi daripada JKNS mengenai isu yang tular:

Image via Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (Facebook)

Image via Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (Facebook)

Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak kolera ini, ingat sentiasa amalkan penjagaan kebersihan diri masing-masing :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment