Budak Melecur Satu Badan Terkena Renjatan Elektrik Sebab Ambil Bola Dalam Bilik Jana Kuasa
Budak itu dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita budak 12 tahun melecur badannya setelah masuk ke dalam bilik jana kuasa
Budak lelaki itu masuk ke dalam bilik untuk mengambil bola, namun tidak sangka dia terkena renjatan elektrik semasa di dalam. Kejadian itu berlaku di pencawang TNB di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Menurut sumber, setiba di lokasi, seorang kanak-kanak didapati melecur hampir seluruh badan. Mangsa ditemukan orang awam dan dibawa ke tempat selamat sebelum pasukan bomba tiba.
Mangsa kemudian diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang menggunakan ambulans milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Image via googleapis.com
Difahamkan, TNB kini sedang menyiasat kes tersebut
Menerusi hantaran melalui Facebook, pihak TNB menyampaikan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga selain berharap kanak-kanak tersebut menerima rawatan terbaik di hospital.
“Kami ingin mengingatkan bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan berbahaya. Orang ramai perlu mengelak daripada memasuki kawasan ini tanpa kebenaran,” menurut kenyataan TNB.
Image via Facebook
Lihat video penuh itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment