[VIDEO] Lelaki Kantoi Dirakam Selamba Kencing Dekat Tempat Parking Pusat Beli-Belah
Suka hati saja kencing merata, bukan tak ada tandas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kita telah diajar untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang lelaki kantoi kencing merata telah mencuri tumpuan.
Seorang wanita ternampak lelaki yang membuang air kencing dengan selamba di dinding tempat parkir. Wanita itu menghampirinya sambil memberitahu bahawa pusat beli-belah berkenaan mempunyai tandas.
Lelaki itu hanya membalas "yes, sorry" sambil jalan ke arah keretanya dengan pantas.
Wanita itu merekod tindakan lelaki tiada kesedaran sivik sambil menasihatinya tetapi tidak diendahkan oleh lelaki tersebut. Lelaki itu dilihat terus masuk ke dalam kereta sebelah penumpang, sambil kereta berkenaan dibawa oleh rakannya.
Menerusi temu bual bersama Seismik, ketika itu wanita tersebut bersama jirannya turun ke tingkat B1 tempat parkir tingkat daripada rumahnya di atas untuk memberi makanan kepada kucing dan anjing terbiar di sekitar kawasan situ. Namun tidak menyangka pula perjalanannya telah dikejutkan dengan lelaki yang tak bertamadun berkenaan.
"Kat Malaysia ni paling mudah nak jumpa toilet, tu pun tetap nak kencing merata" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 138K views, 826 reposts dan 500 likes di laman X, netizen turut tidak puas hati dengan lelaki itu.
Berikut merupakan komen menarik daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!