"Masuk Bilik Terus Marah" - Isteri Hamil Trimester Ini Terkilan Suami Tak Prihatin
Para suami, dengar nasihat ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasangan yang sedang menanti kemunculan cahaya mata sudah tentu ia sangat mendebarkan
Bukan setakat itu, perjalanan itu juga merupakan perkara yang baru untuk pasangan suami isteri. Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan luahan isteri hamil kepada suaminya telah mencuri tumpuan.
Wanita tersebut sedang hamil 8 bulan, dia juga masuk ke pejabat setiap hari. Namun, dia tidak pernah sehari pun tidak masak untuk suaminya walaupun penat balik dari pejabat. Selepas itu, dia ingin masuk ke bilik untuk berehat kerana pinggangnya sakit.
Walaubagaimanapun, dia disuruh suaminya untuk menghidupkan suis lampu kerana suaminya sedang memperbaiki mentol lampu. Dia tidak kisah kerana pada ketika itu dia belum lagi duduk dan berehat.
Namun, setelah dia masuk ke bilik. Suaminya terus masuk bilik dan memarahinya.
"Tak dengar ke panggil-panggil tadi?," kata suaminya.
Wanita itu kecil hati sambil meluahkan perasaannya di laman X melalui sebuah confession. Dia menasihati para suami di luar sana tolong prihatin dengan perubahan isteri yang sedang hamil. Tak mudah untuk para ibu hamil multitask setiap hari dan tidak merungut.
Sekurang-kurangnya, dia menasihati ramai untuk bertanya dan ambil perhatian kepada si isteri.
"Takkan lah lelaki tak boleh fikir sendiri benda-benda macam ni ek? Geram pulak aku" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 373K views, 1K reposts dan 1K likes di laman X, netizen turut tidak puas hati dengan sikap suaminya itu.
Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!