seismik

Suami Luah Rindu Dekat Isteri, Menyesal Sebelum Arwah Meninggal Pernah Bermasam Muka

Masa ada tak pernah nak hargai.

Cover image via Keluarga Bahagia Selamanya (Facebook/Gambar sekadar hiasan) & @meinmokhtar (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Confession di laman X menjadi satu medium untuk orang ramai meluahkan perasaan mereka

Kebiasaannya, orang ramai akan meluahkan kisah rumah tangga atau hal peribadi mereka, Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan luahan hati seorang lelaki terhadap arwah isterinya. 

Isteri lelaki tersebut merupakan seorang suri rumah tangga yang tidak bekerja. Arwah isteri selalu menghantar dan menyambut suaminya di depan pintu rumah selepas balik daripada kerja. 

Lelaki itu meluahkan rasa rindunya kepada arwah selepas selesai solat Maghrib. Namun, ada perkara yang membuatkan dia terkilan dan menyesal. Sebelum isterinya meninggal, mereka bergaduh sehingga bermasam muka daripada pagi sampai malam.

Walaupun telah ditanya berkali-kali apa salah si isteri, tetapi tetap tidak dijawab oleh si suami kerana ego sehinggakan si isteri menangis kerana menganggap dirinya ada membuat kesalahan. Si suami juga pernah rasa tidak ada mood nak bercakap dengan isterinya disebabkan penat balik kerja. 

Sehingga kini, si suami sangat merindui arwah isterinya dan akan terfikir arwah sewaktu lunch break. Pernah juga mesej isterinya tidak dibalas. 

"Untung ada wife yang selalu mintak maaf, sedar syurga tu pada suami. Rezeki dan dugaan masing-masing" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 317K views, 2K reposts dan 4K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di X:

Lihat posting itu di bawah:

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada semua.

Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: