seismik

Wanita Kongsi Kemudahan 'Smart Lane' Yang Ramai Salah Anggap, Tapi Jangan Salah Guna Pula!

Sesetengah lorong saja yang boleh guna.

Cover image via Media Variasi & @sty_shaa (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, sebenarnya ada saja kemudahan 'Smart Lane' di lebuh raya tertentu semasa kesesakan lalu lintas?

Pengaktifan ‘Smart Lane’ kebiasaannya dilaksanakan bergantung kepada keadaan trafik semasa dengan kerjasama dan pemantauan oleh Polis Diraja Malaysia dan petugas Lebuhraya PLUS di beberapa lokasi.

'Smart Lane' membolehkan pemandu lebuh raya memandu di lorong kecemasan. Hal itu disebabkan kesesakan lalu lintas semasa hari perayaan tertentu. 

Image via PLUS

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita kongsi menggunakan Smart Lane telah mencuri tumpuan.

Disebabkan kesesakan lalu lintas, 'Smart Lane' diaktifkan sepanjang lebuh raya Kulai ke Sedenak di Johor. Wanita itu menasihati supaya semua melihat dulu papan tanda sebelum menggunakan 'Smart Lane'.

Ramai juga orang salah sangka terhadap pengguna yang menggunakan lorong kecemasan semasa pengaktifan 'Smart Lane'. Namun begitu, pengguna jalan raya disarankan jangan menggunakan lorong tersebut jika 'Smart Lane' tidak dibuka.

"Kalau hari biasa smart lane ni tak boleh guna. Signboard smart lane PLUS akan pusing ke belakang so kita tak nampak signboard tu maknanya tak boleh guna" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 498K tontonan, 11K tanda suka dan 1K komen di TikTok, netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Boleh guna ikut masa tertentu saja, jangan salah guna pula ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: