Bintang Internet US ‘First Time’ Masak Nasi Lemak, Tapi Sambal Tak Pecah Minyak
Nampak macam sedap ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, influencer luar negara yang dikenali sebagai Newt menyahut cabaran untuk memasak nasi lemak
Influencer tersebut bertanyakan kepada orang tidak dikenali di Kyoto tentang makanan kegemaran mereka. Dia terserempak dengan seorang lelaki bernama Khalif yang sedang berjalan-jalan bersama keluarganya.
Apabila ditanya, makanan kegemaran Khalif ialah nasi lemak. Lantas itu, Newt mencabar dirinya untuk memasak nasi lemak buat kali pertama.
Newt dilihat dapat memasak nasi lemak ayam dengan jayanya. Hidangan yang dibuat nampak sangat menyelerakan.
"Nasi lemak untuk Khalif. Gembira dapat jumpa awak dan keluarga di Kyoto! Tolong beritahu ibu awak dia menipu, masak Nasi Lemak rupa-rupanya tak mudah. Senarai barangan runcit saya sampai 16 item tau", tulisnya.
Namun, ada pula yang komen sambal yang dimasak belum pecah minyak
Disebabkan Newt masak sambal itu dengan jangka masa yang agak pendek, ada yang mengatakan sambal itu belum pecah minyak.
"Dah boleh kahwin dah bang, jomlah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 754K tontonan, 144K tanda suka dan 1K komen di TikTok, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!