Dakwa Pandu Bas Tak Beretika Siap Bercumbu, Rupa-Rupanya Ada Yang Fitnah
Bahaya betul zaman viral sekarang ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di laman X yang memaparkan video pemandu bas memandu bas dengan tidak beretika semasa dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Bas tersebut membawa penumpang dari Larkin, Johor ke TBS Kuala Lumpur pada 13 November 2023 semalam.
Apa yang lebih membuatkan penumpang marah adalah bas itu sampai ke terminal Larkin lewat pada jam 6 petang, yang sepatutnya dijadualkan berangkat pada jam 3 petang.
Pemandu bas wanita itu ditemani oleh seorang pemandu lelaki di sebelahnya. Lelaki itu dilihat mendekatkan badannya ke arah wanita itu.
Bukan setakat itu, penumpang mendapati bahawa pemandu itu tidak memandu bas dengan beretika. Kelihatan pemandu sedang memandu bas namun yang menukar gearnya adalah lelaki disampingnya. Perkara itu sangat membahayakan ramai pengguna jalan raya dan juga penumpang bas.
Namun begitu, ada penumpang bas lain yang mengatakan video itu adalah fitnah
Penumpang yang dikenali sebagai Anis dan suaminya duduk di belakang pemandu. Mereka merupakan saksi bahawa pemandu lelaki itu tidak bercumbu dengan pemandu wanita. Pemandu lelaki itu sebenarnya dilihat membetulkan radio box.
Berkenaan kelewatan bas pula, penumpang telah sedia maklum tentang kesesakan lalu lintas di lebuh raya di Ayer Keroh menghala ke Larkin. Bas ini merupakan bas non stop dari TBS ke Larkin, Larkin ke TBS semula.
"Terima kasih sebab cerita hal sebenar" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 690K views, 6K reposts dan 5K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!