seismik

Ramai Sebak Tengok Pelajar China Ini Menangis Kerana Pertama Kali Dapat Makan Piza

Terharu sampai call mak bapa dia.

Cover image via @coachaizat (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai rezeki dan nikmat yang berbeza

Ada yang diberikan kesihatan, namun ada pula yang diberikan kekayaan dan banyak lagi. Bukan semua akan dapat diraih pada masa yang sama.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelajar perempuan menangis dan sebak telah mencuri tumpuan.

Pelajar perempuan yang berasal dari China itu sebak apabila dipelawa makan piza. Difahamkan, itu merupakan pertama kali dia makan piza. Disebabkan terlalu gembira dan terharu, dia menitiskan air mata semasa makan piza itu. Dia juga memberitahu ibu ayahnya melalui telefon.

Pelajar itu bukan miskin tegar, namun dia terharu kerana tidak dapat merasa makan piza pada zaman kanak-kanak seperti orang lain. 

"Macam KFC lah, kecil-kecil dulu pergi KFC bila dapat nombor 1 dalam kelas je. Time tu bagi sesetengah orang KFC dah biasa sangat tapi tidak untuk kita" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 490K tontonan, 20K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@coachaizat

Bersyukur dengan apa yang ada. Benda remeh bagi kita mungkin istimewa bagi seseorang

Sad violin - Katsuyuki Takahashi

Nampak remeh dan kecil tapi ia dapat membahagiakan orang lain :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: