Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

#AJL38: Amir Jahari Dedikasi Lagu Hasrat Sebagai Tanda Solidariti Buat Rakyat Palestin

Sebagai rekod, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari dinobat juara #AJL38.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Amir Jahari mengakui tidak langsung menjangka kemenangannya di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38)

Kali terakhir menyertai AJL pada tahun 2013, siapa sangka, lagu ciptaan Amir sepenuhnya, Hasrat berjaya menarik perhatian juri.

Bukan itu sahaja, Hasrat turut menjadi pilihan beberapa selebriti tanah air termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa, serta warganet yang mengikuti rapat penganjuran AJL38.

"Sebelum ini saya pernah beberapa kali masuk pertandingan dan paling tinggi pun saya dapat, naib juara. Jadi bila menang ini, ada satu perasaan yang sangat pelik," ujarnya selepas selesai program berkenaan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Amir mengakui terkejut dengan kemenangannya dan menyifatkan ia sebagai batu loncatan buat kerjaya dan kehidupan peribadi.

Image via TV3Malaysia

Dedikasikan lagu Hasrat sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin yang kini masih menjadi mangsa kekejaman Israel

Tambah Amir, 31, Hasrat adalah suara mereka yang berada di Palestin yang majoriti dunia tidak mahu dengari.

“Alhamdulillah, Malaysia masih aman dan damai tetapi Palestin masih berperang. Setiap kali baca Twitter (kini X) pasti saya dapat merasakan ketakutan serta derita yang mereka alami.

“Isu ini penting untuk saya suarakan agar kita terus bersolidariti bersama Palestin dan bersyukur negara ini kekal aman,” kongsinya.

Dua bintang utama Imaginur, Beto Kusyairi dan Diana Danielle turut membuat kemunculan istimewa pada persembahan Amir.

Image via TV3Malaysia

Ditanya mengenai wang kemenangan RM100,000 yang diperoleh selaku pemenang tempat pertama AJL38, anak kelahiran Kuching, Sarawak itu merancang untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu selepas ini.

"Sebelum ini saya memang merancang untuk tampil dengan single baharu, tetapi disebabkan sibuk dengan Semi Final Muzik Muzik dan seterusnya AJL38, jadi saya letak ke tepi dahulu perancangan itu.

"Insya-ALLAH selepas ini saya akan tampil dengan single baharu dan juga album ketiga.

"Kemenangan ini saya lihat sebagai batu loncatan untuk kerjaya saya dan untuk membesarkan tiga orang anak saya," katanya yang sebelum ini pernah berdepan kesukaran sebagai anak seni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment