Lagu Hasrat Nyanyian Amir Jahari Dinobat Juara #AJL38
Tahniah Amir Jahari!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lagu Hasrat ciptaan Amir Jahari muncul sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad
Amir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan juga sebuah trofi.
Sebagai rekod, lagu berjudul Hasrat ini buat pertama kalinya melintasi halwa telinga pada majlis tayangan perdana filem Imaginur tahun lalu. Sejak detik itu, melodi dan tulisan lirik indah karya tersebut terus melekat dalam minda.
Sementara itu, sebanyak 12 buah lagu dipertandingkan dengan menampilkan para penyanyi berpengalaman dan gimik hebat di pentas akhir AJL38 kali ini.
Acara yang cukup berprestij ini telah berlangsung di Axiata Arena dan dikendalikan oleh dua pengacara yang cukup berbakat iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Berikut SEISMIK kongsikan senarai penuh pemenang AJL38:
Juara Lagu: Hasrat (Amir Jahari)
Tempat Kedua: Sutera (Aisha Retno)
Tempat Ketiga: Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
Vokal Terbaik: Aina Abdul
Persembahan Terbaik: Aisha Retno
Penyanyi Pilihan Alha Alfa: Aina Abdul
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!