Amir Jahari Mahu Fokus Sampaikan Mesej Di AJL38 - "Tak Letak Harapan Untuk Dapat Tempat"
Penyanyi itu akan membawakan lagu 'Hasrat', OST untuk filem Imaginur di pentas AJL38.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Amir Jahari bakal kembali ke Anugerah Juara Lagu (AJL) buat kali kedua selepas kali terakhir menyertai pentas berprestij itu pada AJL27
Amir Jahari berjaya melayakkan diri ke pentas akhir AJL38 selepas kali terakhir berjaya memasuki pentas tersebut pada AJL27 dengan lagu Tanpamu.
Dalam sebuah sesi temu bual bersama Amir, dia berkongsi idea dan konsep persembahan ada dibincangkan bersama pihak filem Imaginur dan pasukannya sendiri.
"Basically, saya tak tahu mana satu yang saya nak pakai. So kita kena collect all the ideas dulu, kita tengoklah sebab ada juga isu-isu yang kita nak mainkanlah which is lagu itu membawa satu mesej yang kuat.
"Tapi tak tahu lagi nak bawa isu dementia ke, ataupun bawa cerita-cerita yang lain dalam lagu itulah," kongsi Amir ketika ditemu bual SEISMIK.
Image via Iqmal Hazzwan/SAYS Seismik
Amir seakan tidak percaya dapat ke pentas akhir dan tiada tekanan buat dirinya untuk AJL38
Tambahnya, dia tidak rasa tekanan kerana tidak berharap untuk masuk ke pentas AJL38 dalam masa yang sama tidak percaya dia berjaya ke pentas itu.
"Saya bangun tidur gurau-gurau dengan wife, ye ye ke dapat AJL. Selepas itu saya macam, eh haahlah semalam dapat, macam lupa dapat masuk AJL.
"Pressure itu memang tak ada, it's just that saya rasa sangat-sangat excited because ada satu stage yang besar untuk saya persembahkan karya saya dan menyampaikan mesej," kata Amir Jahari.
Image via @amirjaharimuzik (Instagram)
Tidak letak harapan untuk mendapat tempat tetapi berharap dapat sampaikan mesej menerusi lagunya
Amir menyampaikan penghargaannya kepada peminat-peminat yang mendoakan lagunya masuk ke AJL38 dan menyatakan objektif utamanya adalah untuk menyampaikan mesej tanpa mengira lagunya itu dapat memasuki top 3 di pentas AJL38 atupun tidak.
"Itu doa sebenarnya, so saya berterima kasih yang mendoakan saya top 3, tapi untuk saya personally itu bukanlah objektif saya dekat AJL lah.
"Kalau dapat nombor ke tak dapat nombor ke, I'm still performing, I'm still gonna give 100% dekat atas stage insya-Allah.
"Saya tak letak harapan untuk dapat tempat, saya letakkan lebih kepada semoga dapat sampaikan mesej dekat atas pentas itu nanti," ujar Amir Jahari.
Admin setiap kali dengar lagu Hasrat ni confirm goosebumps :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment