seismik

Hanya Mahu Beri Yang Terbaik Untuk AJL, Ziana Tak Kisah Soal Umur - "Age Is Just A Number"

Lagu 'Waktu' nyanyian Ziana Zain dan Hasif Upin telah layak memasuki Anugerah Juara Lagu 38.

Cover image via Nany Rahman/ SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas hampir 15 tahun tidak bertanding untuk AJL, kali ini penyanyi legend Ziana Zain bersedia untuk melakukan comeback

Ziana meluah rasa bersyukur dan menganggap ia satu rezeki buat dirinya dan pencipta lagu tersebut.

Ziana Zain yang bertanding bagi lagu 'Waktu' bersama penyanyi baru Hasif Upin memberitahu beliau merasakan aura baru kali ini kerana bertanding dengan ramai penyanyi muda.

"As a new singer ofcourse it's a big thing for him. Ini adalah satu bonus buat Hasif.

"Saya ada nasihat dia untuk jangan fikir apa yang orang komen buruk dan terus fokus untuk melakukan kerja. Do as good as you can," katanya kepada Seismik.

Image via Utusan

Teruja dapat bertanding satu pentas dengan anak buah sendiri

Ditanya apakah perasaannya apabila bertanding dengan anak buah sendiri iaitu penyanyi Ernie Zakri, beliau meluahkan rasa teruja dan seronok kerana dapat berkongsi pentas yang sama. Ziana juga tidak menganggap umurnya sebagai satu cabaran dalam AJL.

"Age is just a number, orang kata bila dah ada semangat penyanyi tu mesti nak juga pergi.

"Kalah menang doesn't matter, you are there," katanya kepada Seismik.

Malah, beliau juga memberitahu penyertaannya ini adalah salah satu penghargaan dan sebagai rasa tanggungjawab buat pencipta lagunya.

Antara penyanyi melayakkan diri ke AJL38 termasuklah Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain, Hael Husaini, Amir Jahari, Masdo dan Naqiu.

Tak sabar nak lihat kembali kemunculan Ziana Zain di pentas AJL ini! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: