Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Amira Othman Nafi Bertunang Dengan Fattah Amin, Pelik Tiba-Tiba Timbul Khabar Angin?

Kita doakan yang baik-baik je untuk mereka.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi, Amira Othman tidak tahu-menahu pasal dirinya dikhabarkan sudah bertunang dengan pelakon, Fattah Amin dalam sebuah majlis di Johor Bahru pada Jumaat lalu

Menurut laporan Harian Metro, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman berkata dia pelik bagaimana dakwaan itu tercetus termasuk keluarga Fattah dikatakan datang ke kampung halamannya untuk merisik.

"Pasal bertunang, saya tak tahu dari mana datang termasuk ada yang nampak saya pakai baju putih pada Jumaat lalu sedangkan saya selalu saja memakai busana warna tersebut.

"Jadi, saya tegaskan tiada sebarang majlis pertunangan antara saya dengan Fattah. Saya terkejut tidak tahu datang dari khabar angin itu tapi memang ada peminat yang teruja dengan spekulasi berkenaan," katanya.

Image via Harian Metro

Tak kekok jumpa Fattah selepas dikenen-kenenkan oleh peminat

Difahamkan, penyanyi lagu 'Bila Nak Kahwin?' itu berlapang dada apabila kini sering dikaitkan bercinta dengan Fattah kerana sedar hal itu tercetus daripada tindakannya sendiri.

"Benda begini saya yang mulakan iaitu gimik pelancaran single sebelum ini. Saya sendiri pernah beritahu bahawa ini adalah implikasi yang perlu dihadap.

"Jadi, tidak ada timbul isu rimas dan tenang-tenang sahaja hadapi semua ini sebab semua gosip itu tak betul. Saya pun tak ada rasa kekok bila jumpa dengan Fattah, ini lumrah jadi anak seni," katanya.

Image via @amiraaothman (Instagram)

Amira bagaimanapun bersyukur ibu bapanya tenang saja selepas tular gosip pertunangan itu. Amira berkata semuanya masih dalam keadaan terkawal.

"Mak dan ayah saya orang yang tenang. Mereka pun tak bertanya sebab mungkin faham bahawa isu ini tular kerana peminat yang terlampau teruja tentang kami," katanya lagi.

Terdahulu, kecoh berita mendakwa Fattah sudah melangsungkan pertunangan dengan Amira selepas empat bulan berpisah dengan bekas isterinya, Nur Fazura.

Selain berita sudah bertunang, wujud juga dakwaan bahawa mereka bakal berkahwin pada Syawal nanti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment