Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak Cepat Belajar & Jadi Bijak, Ini 5 Mainan Untuk Rangsang Perkembangan Bayi 0-6 Bulan

Bayi senang tertarik dengan warna-warna yang terang.

Cover image via Carousell

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermain adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak

Image via GIPHY

Malah, mereka digalakkan mengenal mainan sejak bayi lagi. Hal ini bertujuan bagi merangsang perkembangan otak dan komunikasi mereka dengan kita.

Namun, mungkin ada ibu bapa di luar sana terutamanya yang pertama kali memiliki cahaya mata kurang peka dengan pendedahan tentang mainan ini.

Oleh itu, di sini kami akan kongsikan antara lima mainan yang boleh menjadikan anak-anak anda bijak sejak mereka masih kecil.

1. Montessori Baby Flash Card

Image via Two Mama Bears

Selepas bayi dilahirkan, mata mereka belum sempurna untuk melihat. Mereka hanya dapat melihat warna hitam dan putih dengan jarak sekitar 10 ke 25 cm ketika berusia 0-1 bulan. Flash stimulus card ini boleh membantu penglihatan bayi supaya lebih jelas dan fokus. Ia ada empat jenis warna berlainan dari bayi berumur 0 hingga 36 bulan.

2. Baby Play Gym & Music Toy

Image via Carousell

Play gym ini adalah salah satu mainan yang menarik minat bayi untuk menggerakka badan dan kaki mereka. Selain itu, mainan gantung dapat membantu merangsang pancaindera bayi usia 1-4 bulan. Bayi akan memberikan tindak balas apabila mendengar bunyi yang keluar dari mainan.

3. Soft Toys

Image via Carousell

Mainan lembut ini pula dapat merangsang pergerakan tangan bayi semasa mereka sedang baring. Ibu atau bapa boleh bagi mainan lembut ini untuk anak fokus pada sesuatu benda.

4. Soft Books

Image via Carousell

Bila sudah berusia lima bulan, bayi sudah boleh menggosokkan tangannya terhadap pelbagai permukaan. Jadi, anda bolehlah bagi mainan dengan pelbagai tekstur bagi merangsang minda si kecil. Warna yang terang di buku juga boleh menarik perhatian mereka.

5. Soft Balls

Image via Joom

Mainan bola lembut ini pula berfungsi untuk menggalakkan pergerakan jari bayi. Jika bayi sudah mula merangkak, mainan ini boleh membantu merangsang kemampuan mereka untuk terus merangkak ke depan. 

Masih belum terlambat untuk mendedahkan bayi anda dengan kesemua mainan ini. Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat dan ilmu baru buat para ibu bapa :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment