Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak Muda Malaysia Menyerlah Dengan Kisah Inspirasi Dan Pendapat Berpengaruh Di YouthSAYS

Mari kongsi cerita dan pendapat anda dengan kami!

Cover image via SAYS Kumparan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

YouthSAYS, platform utama yang dikendalikan oleh anak muda Malaysia, menyeru golongan muda seperti penulis, pencerita, dan pemimpin pemikiran untuk menghantar artikel dan menyuarakan pandangan mereka

Dengan misi untuk memperkasakan golongan muda dan memperkukuh perspektif mereka, YouthSAYS menyediakan ruang unik bagi para penyumbang untuk berkongsi idea, mencetuskan perbincangan bermakna, sekaligus memberi inspirasi kepada perubahan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2024, YouthSAYS telah menjadi pusat buat anak muda untuk menyampaikan pendapat segar dan autentik mereka dengan menampilkan artikel yang ditulis oleh para pelajar dari seluruh Malaysia.

Penulis-penulis muda ini telah membincangkan pelbagai topik menarik, daripada pembangunan peribadi sehinggalah perubahan sosial, malah termasuklah topik kasual seperti tip penjagaan kucing!

Platform ini membuktikan bahawa anak muda hari ini lebih peka dan berwawasan berbanding sebelumnya.

Image via SAYS

Sorotan Suara Anak Muda

Antara penyumbang yang menonjol ialah Nur Ramizah Safwah, dengan artikel beraninya, "Saya Rasa Pendidikan Seks Perlu Diajar di Sekolah Malaysia. Ini Sebabnya", yang telah mencetuskan perbincangan meluas mengenai topik yang sering dianggap tabu ini.

Artikel ini dihasilkan bagi mendalami cabaran dan salah tanggapan mengenai pendidikan seks di Malaysia, serta menyokong pengajaran dan pembelajarannya dalam kurikulum sekolah melalui pendekatan yang sesuai mengikut peringkat umur.

Nur Ramizah menekankan isu penting seperti kekurangan latihan yang wajar buat guru, penyebaran maklumat salah dalam kalangan anak muda, dan faktor halangan budaya yang menghambat kemajuan.

Pendekatan beliau yang seimbang dan berasaskan penyelidikan telah menarik perhatian pembaca. Beliau juga menekankan pentingnya memberikan maklumat tepat kepada anak muda Malaysia untuk gaya hidup lebih sihat dan mengurangkan kesalahan seksual.

Sumbangan beliau menggariskan kuasa penceritaan yang diketuai anak muda dalam menangani isu masyarakat dan mendorong perubahan bermakna.

Image via SAYS

Sementara itu, Pearlyn Tee berkongsi artikel yang menyentuh hati bertajuk "Jalan Saya Menuju Pertumbuhan Dan Ketahanan Diri Ketika Beralih Dari Sekolah Ke Universiti", yang menceritakan pengalaman peribadinya dalam menghadapi salah satu peralihan hidup yang paling penting.

Pearlyn meneroka fasa emosi turun naik dalam peralihan dari persekitaran sekolah yang terstruktur kepada kebebasan kehidupan universiti. Berdasarkan pengalamannya di Heriot-Watt University Malaysia, beliau membincangkan tentang cabaran awal, tekanan untuk cemerlang, dan pentingnya membina ketahanan diri.

Artikel ini turut menyediakan strategi praktikal seperti menetapkan matlamat yang boleh dicapai, mengamalkan penjagaan diri, dan meraikan kepelbagaian.

Kenapa Perlu Hantar Artikel Ke YouthSAYS?

  • Suara Anda Didengari: Sampaikan idea anda kepada jutaan individu yang berfikiran sama dan ingin terlibat dengan perspektif segar.

  • Bina Jenama Anda: Tunjukkan kemahiran menulis anda dan kukuhkan diri anda sebagai pemimpin pemikiran dalam bidang minat anda.

  • Bentuk Naratif: Jadilah sebahagian daripada gerakan yang menonjolkan idea dan kisah yang membentuk masa depan Malaysia.

"Kami mencipta YouthSAYS untuk memberi anak muda platform bagi berkongsi pemikiran dan pengalaman mereka. Perspektif mereka penting, dan mereka sudah pun memberi impak pada hari ini. Kami teruja untuk melihat apa yang mereka ingin katakan, dan kami bangga menyediakan ruang yang selamat dan terbuka untuk mereka melakukannya," kata Laila Zain, Ketua Rangkaian Bahasa Inggeris, REV Media Group.

"Sepanjang tahun lalu, saya sangat kagum membaca artikel sumbangan mereka, dan kami tidak sabar untuk mendengar lebih banyak lagi daripada anak muda yang bersedia berkongsi suara, cerita, dan pendapat mereka," katanya lagi.

YouthSAYS sedang mencari artikel yang autentik dan menarik. Penyumbang digalakkan untuk membawa suara dan idea unik mereka, menjadikan platform ini cerminan sebenar kepelbagaian dan kreativiti generasi muda Malaysia.

Untuk menghantar artikel atau mengetahui lebih lanjut, layari youth.says.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment