Anda Kini Boleh Tukar Alamat Tempat Mengundi Secara 'Online', Ikut Saja Cara Ini
Selamat mengundi!
Seperti yang umum tahu, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan tidak lama lagi
Ramai yang sudah menyemak tempat mengundi mereka, namun masih ada yang tertanya-tanya sama ada bolehkah mereka menukar tempat mengundi mereka.
Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, seseorang pengundi boleh menukar alamat dalam daftar pemilih SPR mengikut alamat terkini dalam kad pengenalan.
Malah, mereka juga boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara menukar tempat mengundi
Image via @ahmadzahidXCIII (Twitter)
Image via googleapis.com
2. Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
3.Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
4.Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
5. Isikan alamat lengkap macam dalam kad pengenalan and maklumat lain.
6. Muat naik gambar depan MyKad and selfie bersama kad pengenalan.
7. Semak semua maklumat dan klik HANTAR. Notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
8. Anda akan dapat nombor TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan nombor TAC dan click HANTAR.
9. Anda akan menerima notifikasi “Borang A telah diterima dan sedang disemak untuk kelulusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” via e-mel.
Image via Ecentral
Untuk anda, terdapat tiga cara untuk mengubah tempat mengundi iaitu secara dalam talian, permohonanan di cawangan SPR berdekatan dan juga permohonan menerusi pejabat pos.
Image via SPR
Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memudahkan proses mengundi anda nanti :)
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment