seismik

Lelaki Kongsi Kereta Pelawat Parking & 'Halang Laluan' Ambulans Ini Undang Kecaman Ramai

Betul menyusahkan orang lain.

Cover image via @jnmalaysia (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ada masanya kita dapat melihat segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri dengan sesuka hati melanggar peraturan jalan raya

Tular satu video di media sosial yang menarik perhatian warganet memaparkan sebuah kereta pelawat yang telah menghalang laluan ambulans untuk membawa pesakit.

Kejadian dipercayai dirakamkan di Hospital Selayang, Selangor semasa ambulans tiba membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Nurse dan kakitangan hospital terpaksa turun dan usung pesakit dari tempat parking

Dalam video berdurasi 52 saat itu, kelihatan kereta tersebut parking di bahagian laluan untuk ambulans sehingga menyukarkan ambulans untuk masuk.

Disebabkan halangan itu, nurse dan kakitangan hospital dan ambulans terpaksa mengeluarkan pesakit dengan menggunakan katil roda dari luar hospital, tempat parking ke dalam wad.

Jika diperhatikan dalam video, kelihatan seperti jarak antara parking ke dalam wad agak jauh. Menurut sumber Twitter @nanmanjoi8715, kejadian ini berlaku pada pagi tadi (28/9/2022) dan sikap pentingkan diri sendiri pemilik kenderaan tersebut membuatkan ramai netizen marah.

"Tolong lah orang lain pun nak cepat, orang lain pun ada emergency juga" - Netizen

Walaupun ada yang mendakwa mungkin juga pemilik kereta dalam situasi kecemasan namun dia tidak sepatutnya meletakkan kenderaannya di laluan ambulans.

Ini bukan sahaja telah menyusahkan petugas perubatan malah boleh membahayakan pesakit di dalam ambulans yang perlu menerima rawatan segera.

Tidak kurang juga yang meminta pemilik kenderaan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya betul-betul berada dalam situasi kecemasan. 

Dalam masa yang sama, ada warganet turut meminta pihak hospital untuk menunda sahaja kenderaan yang menghalang laluan ambulans dan menyusahkan mereka membuat kerja.

Semoga kita semua ada common sense dan perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: