Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anda Teringin Manisan? Jom Cuba Resepi Hotteok Yang Sedap & Cair Di Mulut Ini

Kalau anda pernah ke Korea, pasti pernah nampak snek ini!

Cover image via @stellanspice (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hotteok merupakan antara street food yang terkenal di Korea Selatan

Snek ini sebenarnya adalah pancake yang manis berintikan brown sugar syrup dan kekacang. Memang sedap dimakan panas-panas.

Hotteok memang agak susah didapati di Malaysia, namun anda masih boleh membuatnya sendiri di dapur. Caranya juga tidaklah begitu susah.

Oleh itu, di sini kami kongsikan resepi Hotteok yang gerenti sedap daripada @stellanspice di TikTok. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tepung gandum
  • Tepung pulut
  • Yis
  • Gula
  • Sea salt
  • Minyak masak
  • Gula perang
  • Serbuk cinnamon
  • Kuaci

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, masukkan 1 cawan air ke dalam mangkuk, kemudian masukkan pula 2 sudu yis dan 1 sudu gula. Kacau hingga sebati.

Image via @stellanspice (TikTok)

2. Seterusnya, masukkan 1/2 sudu sea salt, 1 sudu minyak masak, 1 3/4 cawan tepung gandum dan 1/2 cawan tepung pulut ke dalam mangkuk yang sama.

Image via @stellanspice (TikTok)

3. Gaul sehingga ia menjadi adunan doh yang sebati. Tutup dan biarkan sebentar selama 1 jam.

Image via @stellanspice (TikTok)

4. Selepas 1 jam, doh anda akan kembang dan naik. Tumbuk atau cucuk doh untuk keluarkan angin dan pastikan teksturnya melekat. Tutup dan biarkan lagi selama 30 minit.

Image via @stellanspice (TikTok)

5. Kemudian, uli doh dan bahagikan kepada lapan bahagian yang sama rata.

Image via @stellanspice (TikTok)

6. Sediakan satu mangkuk kecil dan masukkan 2/3 cawan gula perang, 1 sudu kecil serbuk cinnamon dan 1/3 cawan kuaci.

Image via @stellanspice (TikTok)

7. Ambil doh tadi dan leperkan sedikit. Letakkan satu sudu isi gula perang dan kuaci ke dalam doh tersebut dan bentukkannya dengan kemas.

Image via @stellanspice (TikTok)

8. Goreng Hotteok dengan minyak masak pada api sederhana rendah. Masak sehingga ia kuning keemasan.

Image via @stellanspice (TikTok)

9. Dah siap! Sejukkan sebentar dan anda boleh nikmati Hotteok yang sedap dan manis ini.

Image via @stellanspice (TikTok)

Tak dapat pergi Korea, makan street food Korea pun bolehlah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment