seismik

Raih Lebih 900K Views, Jom Cuba Resepi Popia Bergedil Yang Lazat & Mengenyangkan Ini

Wah, sedapnya!

Cover image via @thetukangmasak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Popia dan bergedil merupakan dua jenis kudapan yang berbeza

Namun, jika digabungkan kedua-dua ini pasti menghasilkan satu kudapan yang lazat hingga menjilat jari.

Raih hampir 1 juta tontonan di TikTok, di sini kami kongsikan resepi popia bergedil daripada @thetukangmasak yang mudah dan mengenyangkan.

@thetukangmasak

Idea untuk korang yang tak tahu nak buat apa untuk kudapan pagi atau petang. #popiabergedil #myfoodie #resepisimple

Jika ada makanan - Ash&Wife

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kentang
  • Daging lembu kisar
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Lada sulah
  • Kulit popia
  • Kuning telur

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus kentang hingga lembut dan lenyekkan kentang. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan daging lembu kisar ke dalam mangkuk yang sama.
3. Seterusnya, masukkan sedikit daun sup dan bawang goreng.
4. Masukkan pula garam dan lada sulah mengikut cita rasa anda. Kemudian, gaul hingga sebati.
5. Letakkan satu sudu isi bergedil tadi di atas kulit popia dan gulungkan hingga kemas.
6. Kemudian, celupkan popia bergedil ke dalam kuning telur sehingga rata.
7. Goreng popia bergedil sehingga kuning keemasan, lalu angkat dan toskan minyak.
8. Dah siap! Popia bergedil ini lebih sedap kalau dimakan bersama sambal kicap.

Tunggu apa lagi? Jom kita buat popia bergedil hari ini juga! :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik