seismik

"Lain Daripada Lain" - Jom Buat Caramel Bread Popcorn Yang Mudah & Bikin Ketagih Ini

Bolehlah makan sambil tengok movie.

Cover image via @luvitaho (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Popcorn karamel merupakan snek kegemaran ramai lebih-lebih ketika menonton filem

Rasa bertih jagung yang crunchy dan manis karamel membuatkan orang tak pernah puas makan snek tersebut. Sekali makan pasti nak lagi.

Selain daripada popcorn asli, tahukah anda bahawa popcorn karamel juga boleh dibuat dengan roti? Ya, betul.

Jadi, di sini kami kongsikan satu resepi Caramel Bread Popcorn yang mudah daripada @luvitaho di TikTok untuk anda buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti putih
  • Gula
  • Butter
  • Susu cair
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

1. Potong dua keping roti putih secara kecil, menjadi kiub.
2. Goreng ketulan kiub roti tadi di dalam kuali tanpa sebarang minyak. Apabila warnanya sudah keemasan, boleh tutup api dan angkat.
3. Panaskan kuali pada api kecil. Masukkan tiga sudu gula dan satu sudu air ke dalam kuali.
4. Masukkan juga satu sudu butter dan 2 1/2 sudu susu cair. Gaul hingga rata.
Image via googleapis.com
5. Apabila warnanya sudah keemasan, matikan api dan masukkan secubit garam. Gaul hingga sebati.
6. Kemudian, masukkan ketulan roti yang telah digoreng sebentar tadi dan gaul hingga rata.
7. Dah siap! Sejukkan sebentar dan anda boleh makan Caramel Bread Popcorn ini sambil layan Netflix.

Mesti sedap ni! Admin nak buat juga lah malam ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: