seismik

Craving Dessert Waktu Malam? Jom Buat Nutella Cinnamon Sticks Yang Mudah & Sedap Ini

Fuh, mesti best makan sambil tengok Netflix.

Cover image via Lemon Blossoms & OMG Chocolate Desserts

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai yang pernah makan cinnamon rolls, betul tak?

Cinnamon rolls merupakan manisan yang berasal dari negara Eropah dan sangat digemari oleh masyarakat di Malaysia. Rasa serbuk kayu manis yang unik dan manis membuatkan ramai tergila-gilakannya.

Tahukah anda selain cinnamon rolls, ada juga cinnamons sticks yang anda boleh buat sendiri di rumah!

Kalau tiba-tiba craving manisan waktu malam dan anda tak tahu nak buat apa? Bolehlah cuba resepi Nutella Cinnamon Sticks daripada @lilac.bakery di TikTok ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti putih
  • Nutella
  • Telur
  • Susu segar
  • Gula
  • Esen vanila
  • Serbuk cinnamon
  • Butter

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, potong keempat-empat lebihan tepi roti putih.
2. Kemudian, leperkan roti menggunakan rolling pin.
3. Sapukan Nutella pada permukaan roti yang telah dileperkan tadi.
4. Kemudian, gulungkan roti dengan kemas.
5. Seterusnya, sediakan satu mangkuk dan pecahkan satu biji telur ke dalamnya. Kemudian, tuangkan 1/2 cawan susu, masukkan dua sudu besar gula dan satu penutup esen vanila. Gaul hingga sebati.
6. Celupkan roti yang telah digulungkan tadi ke dalam adunan dengan rata. 
7. Kemudian, salut roti tadi dengan campuran serbuk cinnamon dan gula.
8. Sapukan butter pada permukaan kuali dan goreng roti hingga agak-agak keemasan. Jangan terlalu lama, nanti hangus pula.
9. Dah siap! Bolehlah makan Nutella Cinnamon Sticks sambil tengok Netflix.

Wah, macam sedap je ni! Jom ramai-ramai buat malam ni :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: