seismik

Anda Peminat Labu? Ini 5 Resepi Pencuci Mulut Berasaskan Labu Yang Boleh Anda Cuba

Resepi nombor 5 paling recommended!

Cover image via Resepi Che Nom & Dapur Cikgu (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Labu merupakan sayuran yang selalunya digunakan dalam masakan

Rasa yang manis dan warna kuningnya yang menyelerakan membuatkan ramai sukakannya. Labu mudah didapati di mana-mana pasar raya, maka anda boleh dapatkannya pada bila-bila masa.

Selain daripada masakan seperti masak lemak labu, tidak ramai yang tahu bahawa labu juga boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis pencuci mulut. Percayalah, rasanya pasti sedap!

Oleh itu, di sini kami kongsikan 5 resepi pencuci mulut berasaskan labu yang boleh anda buat di rumah!

1. Pengat Labu

Image via Sinaran Wanita

Selalu anda makan pengat pisang, apa kata anda cuba pengat labu pula? Rasa lemak manis labu dan teksturnya yang begitu lembut sudah pasti akan membuatkan anda sukakannya.

Cara membuat pengat labu juga tidaklah susah mana dan anda boleh buat sendiri di rumah pada bila-bila masa. Makan bersama keluarga tercinta mesti best!

Dapatkan resepi penuh di sini.

2. Lepat Labu

Image via Rasa

Tahukah anda selain lepat pisang, anda juga boleh buat lepat labu tau. Cara membuatnya lebih kurang sama sahaja dan rasanya juga boleh buat ketagih.

Rasa manis labu dicampur pula dengan inti kelapa, memang lazat sekali. Lagi sedap kalau makan sewaktu minum petang.

Dapatkan resepi penuh di sini.

3. Sangkaya Labu

Inginkan sedikit keunikan? Cubalah resepi sangkaya labu yang manis dan sedap ini! 

Bahan yang diperlukan tidaklah banyak dan cara membuatnya juga mudah. Makan sangkaya labu bersama isi labu yang lembut, tak terbayang kelazatannya.

Dapatkan resepi penuh di sini.

4. Bubur Labu

Resepi bubur labu ini seakan-akan pencuci mulut Thailand iaitu Bua Loy. Cara membuatnya mungkin mengambil masa sedikit, tetapi hasilnya akan buat anda puas hati.

Rasa labu yang sedap dimakan bersama kuah santan yang berlemak, memang tiada tandingan!

Dapatkan resepi penuh di sini.

5. Bingka Labu

Image via Resepi Che Nom

Siapa peminat setia bingka bolehlah cuba resepi bingka labu ini pula. Percayalah, anda pasti addicted!

Cara membuat bingka labu amatlah senang dan bahan-bahannya juga tidak susah didapati. Anda boleh buat di rumah dan hidangkan kepada keluarga tersayang, confirm mereka suka.

Dapatkan resepi penuh di sini.

Siapa yang tak pernah cuba labu, inilah masanya untuk anda cuba. Sedap tau! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: